Blog Title

Menarik Tentang Facebook

Posted on: March 5, 2010

Hari ini,saya ada fakta menarik untuk dikongsi kepada tuan puan yang melawati laman ini. Fakta ini akan memberikan anda serba sedikit tentang dunia hari ini tanpa kita sedari.

Fakta ini adalah hasil bacaan saya di laman Panji Hitam Dari Timur. Disini, saya akan mengulas berdasarkan pemahaman saya tentang Facebook (FB).

Sebelum ini, saya langsung tidak mengendahkan tentang apa yang berlaku di FB…Malah saya juga mempunyai akuan FB..Apa yang saya ingin katakan ini mungkin akan menakutkan anda,,tapi jangan risau.Selagi kita tidak memberikan fakta yang berguna,kita tidak akan diapa-apakan..

Apa itu FB???

YA..anda pasti tahu apakah kegunaan FB…Di FB kita boleh berhubung dengan siapa sahaja sama ada perdana menteri, artis, pelakon, penyanyi atau rakan sekelas..Anda juga boleh mengenali antara satau sama lain di FB ini..Sungguh mudah untuk berhubung antara satu sama lain,,betul lah orang kata..semuanya dihujung jari anda..Tekan je dah dapat awek baru,,kawan baru serata dunia..

Tapi,,tahukah anda risiko menggunakan FB????

Tidak ramai yang akan membangkitkan persoalan ini…mungkin hanya mereka yang suka mengkaji sesuatu..Berikut adalah fakta pertama berkaitan FB..

Jika anda telah log masuk ke Facebook dalam 24 jam terakhir anda akan melihat bahawa laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook “terpaksa” mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat.

Persoalan saya,pernahkah anda sedar tentang perkara ini..pernahkah anda cuba untuk menjenguk polisi FB setiap kali anda log masuk ke akaun anda…saya pasti tidak ramai yang akan berbuat demikian kerana rata-rata pengguna FB sibuk membalas komen dan memuat naik gambar selepas log masuk..ada yang sibuk memberi komen,menyertai rangkaian baru atau mencari kenalan baru..

Jika anda perasan, apabila anda ingin memberi “gift” pada seseorang menggunakan aplikasi yang disediakan. Anda akan diminta untuk membenarkan penyelenggara mengambil maklumat atau gambar-gambar yang anda berikan. Jika anda menekan butang “Benarkan”, secara automatik maklumat anda diambil..anda mungkin tidak akan sedar…

Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.

Jadi apa yang anda perlu buat adalah jangan sesekali mendedahkan identiti asal, cukuplah sekadar maklumat biasa sahaja..Jika tidak keberatan,jangan muat naik terlalu banyak sangat gambar diri anda disitu…

Perlu anda tahu bahawa setiap maklumat yang anda masukkan kedalam FB tidak kira apa jua termasuk komen akan menjadi hak mereka..Jadi cukuplah sekadar menghantar dan membalas komen sahaja kerana maklumat ini dikira tidak berguna untuk dianalisis..

Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.

Relakah anda, jika gambar anda dijual kepada umum / orang ramai…dan anda sebagai pemunya tidak dapat satu sen pun daripada hasil jualan..sebab itu lah FB disediakan secara percuma..Jika tidak, bagaiman mereka membayar kos penyelenggaraan, elektrik, internet, gaji pekerja, pembelian server, PC dan sebagainya. Semua ini memerlukan kos..Setiap gambar atau video yang dimuat naik akan mengurangkan kapasiti hard disc. Bayangkan berjuta pengguna memuatnaik gambar, mereka memerlukan kos yang banyak untuk membeli hard disc..

Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang.

Jadi..fikir-fikirkan lah…

Saya tidak melarang…anda hanya perlu – fikir-fikirkanlah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: