Blog Title

Nilai Ringgit Anda di Masa Hadapan

Posted on: March 8, 2010

Hai dan Assalamualaikum W.B.T….

Topik dalam post kali ini adalah nilai ringgit yang anda simpan pada hari ini dan masa akan datang. Sebelum itu, pernahkah anda terfikir atau berangan-angan hidup senang atau kaya-raya??? Pastinya Ya, setiap orang ingin hidup senang tanpa sebarang masalah kewangan…

Pernahkah anda terfikir setiap ringgit yang anda simpan mampu bertambah pada masa akan datang?? Saya rasa, hanya berapa orang sahaja yang berfikiran seperti ini..Sebab itu lah kita tidak menabung pada masa ini…

Baiklah, saya akan tunjukkan bagaimana mengira nilai ringgit anda pada masa hadapan.  Cara ini saya ambil dari buku Finance – Applications and Theory oleh Cornett, Adair dan Nofsinger.. Bagi mereka yang telah tahu cara ini, saya harap jika anda kesalahan tolong betulkan dan bagi siapa yang tidak tahu, jadikan lah ini sebagai panduan. Jika terdapat sebarang masalah, anda boleh komen pada ruangan komen yang disediakan..

Dalam kewangan istilah nilai ringgit di masa hadapan dipanggil Future Value (FV). Untuk mendapatkan nilai ini, kita perlu mempunyai nilai simpanan hari ini yang disebut sebagai Present Value (PV). Nilai simpanan (PV) boleh diletakkan dalam apa jua nilai. Contoh RM500, 501,1000,1002 dan sebagainya.

Nilai PV adalah nilai yang tertera atau yang anda masukkan dalam simpanan anda. Untuk mendapatkan nilai FV, anda perlu mengenalpasti faedah atau interest (i) simpanan anda. Jika anda melabur dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera), kadar dividen yang diperoleh pada tahun 2009 adalah sebanyak 8.55%. Dividen ini dipanggil interest (i).

Untuk mendapatkan nilai masa hadapan (FV). Satu formula pendek yang perlu anda ketahui iaitu FV = PV x (1 + i). Formula ini digunakan bagi pengiraan 1 tahun sahaja. Untuk pengiraan lebih dari 1 tahun dan kadar faedah adalah tetap, formula yang diguna ialah FVn = PV (1 + i)n.

Jika kadar faedah yang diberi berlainan pada setiap tahun, formula yang perlu diguna adalah 

FVn = PV (1 + i) x ( 1 + i ) x ( 1 + i ) x ……….

Oleh kerana wordpress tidak menyediakan ruangan simbol, saya akan terangkan apakah maksud formula ini.. FV ialah Future Value dan PV adalah Present Value. Nilai 1 adalah tetap, tidak boleh diubah dengan angka lain manakala i adalah interest rate (kadar faedah yang diberi). n adalah bilangan tahun dan n dibelakang formula kedua adalah punca kuasa bagi bilangan tahun tesebut..

Jangan keliru dengan penerangan diatas..Anda hanya perlu ikut sahaja jalan kerja yang saya sediakan dibawah nanti. Setelah anda faham dengan formula yang diberi, kita lihat satu persatu dengan lebih jelas bagaimana hendak mengira nilai ringgit anda di masa hadapan.

Sebelum memulakan pengiraan, pastikan anda mengikut peraturan seperti dibawah.

1 – Tetapkan nilai simpanan atau pelaburan dahulu.

2 – Lihat kadar faedah atau interest yang diberi.

3 – Berapa tahun simpanan yang perlu dibuat.

Baiklah, mari kita mula mengira. Lihat situasi dibawah.

Anda ingin menyimpan di ASB sebanyak RM500 pada tahun ini, kadar dividen ASB adalah 8.55% setatun. Berapakah nilai simpanan anda pada tahun hadapan.

Daripada situasi ini, simpanan di ASB RM500 dan kadar dividen 8.55% ( 8.55 / 100 = 0.0855 ).

Formula yang perlu anda guna adalah : FV = PV ( 1 + i )

FV = RM500 ( 1 + 0.0855 )

FV = RM500 ( 1.0855 )

FV = RM542.75

Hasil pengiraan, kenaikan sebanyak RM42.75 pada tahun hadapan.


Anda ingin menyimpan sebanyak RM10,000 pada hari ini, anda tahu bahawa kadar faedah bagi simpanan adalah sebanyak 2.7% setahun. Anda bercadang untuk menyimpan selama 10 tahun. Berapakah pulangan yang diperoleh.

Daripada situasi di atas, Simpanan RM10,000 adalah present value. 2.7% ( 2.7/100 = 0.027 ) adalah interest atau kadar faedah. 10 tahun adalah jangka masa simpanan.

Masukkan kesemua nilai kedalam formula : FVn = PV ( 1 + i )n

FV10 = RM10,000 ( 1 + 0.027 )10 (punca kuasa 10)

FV10 = RM10,000 ( 1 + 0.027 ) ^ 10

FV10 = RM10,000 ( 1.027 ) ^ 10

FV10 = RM13,052.82261 atau RM13,052.82

Daripada hasil pengiraan, simpanan anda meningkat sebanyak RM3,052.82 selepas 10 tahun.

Anda ingin menyimpan sebanyak RM20,000 pada tahun ini. Kadar faedah yang diberi berlainan mengikut tahun iaitu pada tahun pertama sebanyak 5.5%, tahun kedua sebanyak 7.9%, tahun ketiga sebanyak 10% dan tahun keempat sebanyak 2.99%. Berapakah nilai simpanan anda pada tahun keempat.

Daripada situasi diatas, nilai simpanan adalah sebanyak RM20.000. Kadar faedah adalah 5.5% ( 0.055 ), 7.9% ( 0.079 ), 10% ( 0.10 ) dan 2.99% ( 0.0299 ).

Jika kadar faedah adalah berbeza, formula yang perlu diguna : FV = PV ( 1 + i ) x ( 1 + i ) x ( 1 + i ) x ……..

FV = RM20,000 ( 1 + 0.055 ) x ( 1 + 0.079 ) x ( 1 + 0.10 ) x ( 1 + 0.0299 )

FV = RM20,000 ( 1.055 ) x ( 1.079 ) x ( 1.10 ) x ( 1.0299 )

FV = RM25,792.39334 atau RM25,792.40

Hasil pengiraan, simpanan anda meningkat sebanyak RM5,792.40 selepas 4 tahun.

Bagaimana???adakah anda faham konsep pengiraan ini..

Kesimpulannya, semakin tinggi kadar faedah yang diberi. Semakin meningkat nilai simpanan anda. Jika anda bijak memilih institusi kewangan yang memberikan pulangan ( faedah ) yang tinggi, anda mungkin akan menjadi seorang jutawan pada masa akan datang.

Sekian sahaja perbincangan ini dan salam sejahtera…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: